Friday, April 24, 2009

JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN


Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.


  • pokok tembusu

  • pokok beringin

  • pokok angsana
pokok renek - Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang

contoh:

  • pokok bunga raya









LANGKAH-LANGKAH MEMASU SEMULA TANAMAN


  • Bersihkan dan tutup saliran dibahagian dasar dengan serpihan pasu yang pecah
  • Masukkan medium memasu sehingga 1/3 memenuhi ruang pasu


  • Keluarkan pokok dari pasu asal

Bagi memudahkan pengeluaran pokok dari pasu asal, potongkan akar-akar yang terkeluar dari lubang saliran di dasar pasuKetukkan perlahan-lahan dinding pasu supaya medium tidak terlekat pada dinding dalam pasu



  • Pegang pangkal pokok dan tarik keatas perlahan sehingga medium asal bersama pokok terkeluar dari pasu

atau

Terbalikkan kedudukan pasu ditepi meja sambil sebelah tangan memegang pangkal pokok dan sebelah tangan mencengkam lubang didasar pasu. ketuk meja perlahan-lahan sehingga medium bersama pokok terkeluar dari pasu.


  • Pangkaskan dahan atau ranting yang tidak dikehendaki sebelum menanam semula ke dalam pasu yang baru


  • Keluarkan serpihan pasu yang digunakan untuk menutup lubang saliran pada pasu lama dan pangkaskan 1/3 bahagian medium lama untuk menyediakan ruang yang lebih banyak pada amedium baru didalam pasu

  • Masukkan pokok bersama medium lama yang telah dipangkas ditengah-tengah pasu baru dan ditambahkan medium pemasuan yang telah disediakan sehingga paras 2.5cm daripada permukaan pasu. Padatkan medium.

  • Siramkan medium dan letakkan ditempat teduh

Wednesday, April 22, 2009

PEMASUAN SEMULA



Tanaman hiasan memerlukan medium memasu yang kaya dengan nutrient untuk tumbuh dengan subur dan cantik. Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrient di dalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Seterusnya, ruang didalam pasu turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh. Keadaan ini memerlukan kerja-kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan. Hal yang demikian bagi menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok dengan sihat.

Pemasuan Semula

Dilakukan untuk mengantikan medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik untuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrient, air dan pengudaraan akar.


Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula:

  • Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebut
  • Medium dalam pasu berkeadaan padat yang bermaksud medium didalam keadaan mantap yang menyebabkab pernafasan akar terganggu dan akar sukar menembusi medium untuk menyerap nutrien.
  • Pasu retak akibat pertumbuhan akar yang banyak dan padat. Saiz pasu tidak lagi sesuai dan perlu digunakan pasu yang lebih besar.
  • Air siraman bertakung dipermukaan medium didalam pasu dan mengakibatkan air sukar meresap dari keadaan medium yang padat
  • Akar padat dan kelihatan keluar dari lubang dasar pasu

tujuan Pemasuan Semula

  • memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya
  • memudahkan pokok hiasan dialih ketempat yang hendak dihias
  • memudahkan kerja penjagaan

Memilih Bekas Pasu yang sesuai untuk Pemasuan Semula

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk kerja pemasuan semula tanaman hiasan seperti pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastik sabut kelapa, kotak kayu, bekas terbuang dan tayar terpakai. Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuan pemasuan semula perkara berikuthendaklah di pertimbangkan :-


  • saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasu asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar

  • pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan air siraman yang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan akar

  • mudah dibersihkan

  • kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya



Monday, April 20, 2009

PENJAGAAN TANAMAN


Merumput

  • merumput dilakukan dengan tujuan menjadi pesaing tanaman
  • rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan peralatan yang sesuai seperti serampang tangan

Menyiram
  • penyiraman dilakukan 2 kali sehari bagi menyegarkan pokok

Menggembur

  • Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliranmbur


Membaja

  • Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman
  • Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu
  • Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan











Pengawalan

  • Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat
  • Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul


KERATAN BATANG



Keratan batang boleh di bahagikan kepada 3 bahagian:
  1. Bahagian keras
  • hendaklah dibuang semua daun
2. Bahagian sederhana keras
  • hendaklah dibuang semua daun kecuali di bahagian atas sekali
3. Bahagian lembut
  • hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja
Langkah-langkah penyediaan keratan batang:
  1. Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
  2. Kerat dengan menggunakan sketuar
  3. Buang daun-daun yang tidak diperlukan
  4. Kerat batang kepada beberapa bahagian
  5. Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
  6. Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
  7. Siram dan letakkan ditempat yang teduh
Jenis tanaman keratan batang:

contoh: batang keras

  • bunga raya
  • bunga alamanda kuning
  • bunga kertas

  • bunga ros





Sunday, April 19, 2009

PENYEDIAAN MEDIUM


  1. Nisbah Campuran
    • Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes
    • bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
    • Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
    • Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat
      • mengekalkan kelembapan medium
      • membaiki struktur tanah dan saliran
      • mengurangkan kepadatan tanah
      • lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia
    • Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
  1. Kompos
    Kompos ialah bahan o

  2. Organik yang telah cukup reput




Bahan campuran medium adalah terdiri daripada:

I. Tanah loam
II. Bahan organik
III. Pasir sungai

PEMBIAKAN TANAMAN



Tanaman dibiakkan dengan tujuan seperti :
  • membanyakkan anak benih dan baka tanaman
  • memelihara spesis tanaman
  • memelihara alam sekitar
  • mendapat keuntungan hasil jualan
Jenis-jenis pembiakan tanaman adalah
  • Pembiakan seks>>Membiakkan tanaman dengan menggunakan biji benih
  • Pembiakan aseks>>Membiakan tanaman tanpa menggunakan biji benih
  • membiakkan dengan menggunakan keratan daun
  • membiakkan dengan menggunakan keratan batang
  • membiakkan dengan menggunakan akar
  • membiakkan dengan menggunakan rumpun

Saturday, April 18, 2009

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENANAM POKOK


  • Tapak semaian
  • Beg poli hitam

  • Pasu

  • Hormon pengakaran


  • Baja>>>baja kimia/baja organik
  • Racun

ALATAN KERJA YANG DIGUNAKAN UNTUK PENANAMAN


Serampang tangan
  • digunakan untuk menggembur tanah


Sudip tangan
  • digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah


Penapis
  • untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium

Penyiram
  • digunakan untuk menyiram tanaman

Sketuar
  • digunakan untuk mecantas ranting dan dahan kecil




Friday, April 17, 2009

TANAMAN HIASAN




Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.





 

TANAMAN HIASAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino