Wednesday, April 22, 2009

PEMASUAN SEMULA



Tanaman hiasan memerlukan medium memasu yang kaya dengan nutrient untuk tumbuh dengan subur dan cantik. Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrient di dalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Seterusnya, ruang didalam pasu turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh. Keadaan ini memerlukan kerja-kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan. Hal yang demikian bagi menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok dengan sihat.

Pemasuan Semula

Dilakukan untuk mengantikan medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baik untuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrient, air dan pengudaraan akar.


Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula:

  • Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebut
  • Medium dalam pasu berkeadaan padat yang bermaksud medium didalam keadaan mantap yang menyebabkab pernafasan akar terganggu dan akar sukar menembusi medium untuk menyerap nutrien.
  • Pasu retak akibat pertumbuhan akar yang banyak dan padat. Saiz pasu tidak lagi sesuai dan perlu digunakan pasu yang lebih besar.
  • Air siraman bertakung dipermukaan medium didalam pasu dan mengakibatkan air sukar meresap dari keadaan medium yang padat
  • Akar padat dan kelihatan keluar dari lubang dasar pasu

tujuan Pemasuan Semula

  • memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya
  • memudahkan pokok hiasan dialih ketempat yang hendak dihias
  • memudahkan kerja penjagaan

Memilih Bekas Pasu yang sesuai untuk Pemasuan Semula

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk kerja pemasuan semula tanaman hiasan seperti pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastik sabut kelapa, kotak kayu, bekas terbuang dan tayar terpakai. Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuan pemasuan semula perkara berikuthendaklah di pertimbangkan :-


  • saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasu asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar

  • pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan air siraman yang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan akar

  • mudah dibersihkan

  • kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya



3 comments:

nurizzati nabilah on October 3, 2010 at 6:15 AM said...

terima kasih..
info awak bnyak membantu~

Unknown on September 12, 2018 at 9:15 PM said...

hi

Unknown on September 12, 2018 at 9:15 PM said...

k

Post a Comment

 

TANAMAN HIASAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino